29 February 2012

29/2/2012

Sebab ia 29/2/2012. Tahun lompat.
4 tahun sekali. Apa aku mahu hanyala satu.
Memori mungkin~ =)




22 February 2012

Eye Contact

Dia cuba untuk membawa lari bebola mata itu. Tidak berani untuk memandang tepat ke arah nya. Bukan takut. Langsung tidak. Orang cakap, kebanyakkan orang yang tak suka eye contact nie means dia tipu ketika dia bercakap. Eye contact diibaratkan sebagai diri dalam menempuh halangan dalam hidup. Banyak kena lalui. Ya, memang sukar untuk hadapi kenyataan. Bukan lari dalam masalah. Tidak. Cuma bukan dia. Dia tidak suka eye contact. Ketahui lah walaupun tiada eye contact dia jujur dalam bicaranya. Bukan malas nak dengar or kurang bagi perhatian dalam percakapan. Tapi itu dirinya. Dia selesa begitu. Biarkan dia. Asalkan dia tidak buat sesuatu yang salah. Andai kata eye contact itu membuatkan sesiapa terasa. Maafkan dia. Dia tidak sengaja dan tidak mengetahui itu.

Eye contact nie bagitau yang dia kena terima kenyataan depan mata. Yes, hadapi dia. Bukan lari. Sekian terima kasih. Semoga tabah. =)

Sumber : Google Image

P/s; Idea dikeluarkan coz tiba2 teringat interview Kemahiran Dinamika. Mr. **** cakap kelemahan Cik 373 ialah kurang eye contact. K,fine. 

18 February 2012

Parut Luka



Seperti kebiasaan dan hari2 sebelumnya dia melakukan rutin hariannya. Bukan dia seorang sahaja yang berbuat demikian mungkin. Bahkan boleh dikatakan 37.3% orang berbuat sepertinya. Dia cuba untuk melelapkan mata. Sukar. Mungkin penangan coz tidur lama petang tadi. Dia mengalihkan badannya ke kanan, ke kiri, terlentang dan ke kanan kembali. Selimut ditendangnya. Panas. Tak selesa. Dia mencapai handphone nya. Bukan Iphone yang pasti. Android juga bukan apatah lagi touch screen.

Slide phone untuk unlock. Tap. Tap. Tekan icon Message. Klik Inbox. Dia membaca message2 yang pernah diterimanya. Juga Draft dan juga folder BFF. Kebiasaan yang biasa dia lakukan jika susah untuk melelapkan mata. Terasa sesuatu di hati. Apakah?

Sedetik hatinya terdetik. Lupakah mereka pada dirinya? Adakah mereka ingat dia seperti dia ingat mereka? Kalaulah mereka tahu bahawa dia sentiasa dan tak pernah jemu membaca berulang kali message yang pernah mereka sent padanya. Luka hatinya apabila memikirkannya.


Kenangan yang mereka berikan pada dirinya seakan message yang pernah dia received daripada mereka. Message Friendship, Missing You, Love You, Remember, Good Luck, Birthday dan tidak lupa juga mesej menaikkan semangat dia ketika dia down. Tanpa diundang, sebak hatinya memikirkan perihal kawan2 nya.

Ya, mereka sudah lain. Mereka sudah lupa akan dirinya. Ya, mereka gembira bersama kawan2 baru dan bahagia dengan kehidupan sebagai seorang pelajar U. Dan dia? Hanya seorang insan yang terjumpa di satu persinggahan bernama 'Sekolah' sebelum kawannya melangkah ke alam U. Dia pasrah. Mahu tidak mahu, dia menelan segala kekusutan itu bersendirian. Sudah pasti kawan yang pernah bersamanya suatu ketika dahulu sedang bergembira di sana. Tidak mengapa, cukuplah dengan melihat status dan gambar2 di profile Facebook rakannya sudah tahu keadaan mereka di sana bagaimana. Gembira bukan? Ya, dia pun gembira dengan rakan2nya di U cuma kalau boleh dia nak gembira sekali dengan mereka. Tapi dia sedar. Hanya 1 perkataan yang mampu memberi jawapan akan persoalannya. Mustahil.


Dibukanya satu message. Bacanya berulang kali,"To live a life i need heartbeat, 2 have heartbeat i need a heart, 2 have heart i need happiness, to have happiness i need a friend, and 4 a friend i need U.ALWAYS". Satu message lagi,"True friends are like mornings, u cant have them the whole day, but u can be sure, they will be there when u wakeup tomorrow, next year and forever. Like Me =D". Kemudian, 1 lagi "Friendship is a language spoken by heart... not written on paper, not given by pledge... it is a promise renewed everytime we keep in touch...Take Care..." Apakah? Fikirannya tertumpu kepada 'ALWAYS', 'Like Me' dan 'Keep in Touch'. Dia tersenyum dalam luka.

Bukan tidak pernah dia berusaha untuk menjernihkan hubungan mereka. Banyak kali sudah sampai tidak mampu untuk mengiranya. Message? Hanya 2,3 direplynya dan kemudian rakannya akan 'kill the conversation'. Kalau sekali atau dua kali, dia faham. Tapi kalau sudah banyak kali? Apakah maksudnya? 'Jangan kacau aku.' Mungkin? Tidak kurang juga peranan Facebook yang popular dengan tagline nya. 'Connecting The People'. Berapa kali pernah comment status/gambar tapi kawannya hanya menge'like' sahaja apa2 yang ditulisnya. Wall post juga sama. Takpe lah, cukuplah dia hanya menjadi pemerhati akan hidup rakannya. Alhamdullillah rakannya masih sihat. =)


Lupa? Bosan? Malas? Busy? Mungkin itu apa yang dialami oleh rakannya sekarang. Dia penat. Mengantuk layan perasaan mungkin. Dibacanya message itu buat kesekian kalinya. Options>Delete>Confirm?>Yes. Hilang segala message yang mengandungi memory itu. Luka yang sering mencalarkan hatinya setiap kali dia membacanya. Sekarang hanya tinggal parut di luka tersebut. Parut di hati dan akal. Yang entah berapa lama mengambil masa untuk hilang. Atau? Takkan hilang kerana itu parut.


___________________________________________

Yeah. Habis sudah~ First, entah ini ialah campur true story n tak. Maybe ada sikit n yang lain2 tambah hasil daripada pemerhatian Cik 373 tengok benda2 kat sekeliling nie. Okay, akibat kehabisan idea n tak tahu nak buat entry apa so Cik 373 tanya la Ijan (bukan nama sebenar) dekat Twitter. So, dia bagi la beberapa suggestion. Berikut adalah calon2 nya suggestion2 dia :


K, Ijan suruh Cik 373 buat pasal "First Love", "Cinta Lepas Kahwin" n "Kawan2 Yang Berubah Lepas Lama Berpisah" (Panjangnya tajuk~). So, memandangkan Cik 373 takde pengalaman =| (muka serious)  pasal Love2 nie so idea tue reject. Kalau crush banyak kot. Hahax... Lepas tue, Cinta lepas kahwin? Sorry, Cik 373 tak kahwin lagi so tak tahu macam rasa dia. =.=" Then, back to last idea. Nice. Tajuk "Parut Luka" tue terfikir malam tadi sebelum tidur.

Rasa macam lari sikit pun ada. Tapi takpe la. Sekali sekala lari pun takpe kan? Eh, buat kawan2 yang terview. Jangan terasa tau sesungguhnya banyak dalam nie tak betul n tak kena sangat dengan Cik 373 pun. Sorry kalau korang terasa tapi seriously, Cik 373 bukan cakap pasal korang. N, messages tue ambik dekat cnie --> http://www.lovelysms.com/friendship-sms-messages-2.htm Gambar2 pun ambik dekat Google Image. Nak tahu gambar tue datang dari mana just klik je tau gambar tue. Sekian.

P/s; I still miss the old you and surely it is not a trick. =')

17 February 2012

17 February 2012 = 20

Assalamualaikum w.b.t...
Rasanya dah lama tak buat entry bagi salam dekat depan. Selalunya pakai terjah. Takpe, hari nie apa salahnya sekali sekala buat macam tue.

Okay, tengok tajuk mesti korang dah boleh agak apa benda yang Cik 373 nak cerita hari nie. Yes, betul dan betul dan mungkin salah sikit bagi yang tak tahu. Ye betul. Cik 373 dah tua matured. Dah officially 20 tahun pada 17 February 2012. Korang tak rasa ke 17 nie angka dia menarik? Tambah2 bulan February yang sweet nie. Ahaks~ Okay fine, Cik 373 je yang rasa macam tue. =.="


Cik 373 pun taknak la merepek banyak sangat pada hari yang best nie. Tambah2 hari jumaat kan? Nak sangat meninggal hari jumaat n bulan puasa. Amin~ Tetiba plak. Maklumlah 20, dah rasa cam dah besar la plak. Okay, kat atas screenshot Cik 373 punya notifications yang disnap pada pukul 11.02 n saat nie tengah menaip entry nie. Sorry la Piin ngan Aten kalau tiba2 ramai add korang lepas baca entry nie. Hahax.. Memandai je. Okay,merepek sudah. N terima kasih kepada sesiapa2 yang mesej kat phone n tweets kat Twitter yerk. =)

Oh ya, Cik 373 privatekan birthday Cik 373 kat Facebook 10 hari sebelum hari kejadian means pada 7/2. Coz sebab apa? Coz taknak orang yang hanya tulis dua huruf yakni 'HB' dekat wall. Sorry to say, kalau setakat 2 huruf Cik 373 suruh kucing taip pun dia reti. Lupa, kucing dah takde. *Tisu please. Dah2, itulah sebab dia nape nak privatekan birthday plus japg de la budak2 yang kenal tak berapa kenal wish n dorang cakap dah tua. Okay, itu tipu. Tapi seriously, kebanyakkan wish yang dapat bila dah 20 nie mesti ada tua n kahwin. Yeah~ Apa? Saja je nak happy kejap. Hahax.. =P Lepas tambah tolak darab bahagi ada la dalam 20 orang mengepost kat wall Cik 373. Ntah dorang ingat ke dorang tengok orang lain post baru teringat. Eh? No offences~


Ye, itu tweets Cik 373. Tahu tak perasaan nak halang daripada tweets n reply mention orang selama 2 hari macam mana? Macam tue la, semata2 nak wish birthday sendiri kat tweets yang ke 2373. Okay, memang saya perasan n tak malu. Kesian dekat 112 followers yang muak ngan tweets Cik 373. Sabar la korang eh. Butang unfollow de je. Wee~

Oh ya, sempena dah 20 tahun nie. Cik 373 nak wish diri sendiri dekat blog plak boleh? Silakan~

Dear  Cik 373,Awak dah 20 tahun,Dah tua matured,Awak, hope awak panjang umur n dapatlah isi apa yang patut eh?Murah rezeki tau. Jangan rajin tidur lepas subuh (sekali sekala takpe kan? )Jangan malas2. Sila rajin buat kerja rumah supaya preparation untuk kahwin nanti. Hahax.. *Gatal Study jangan lupa eh? Nak jalan2 keluar dengan kawan boleh je. No hal~ Tapi jangan abaikan study dah la. Belajar rajin2 tau awak. Jangan mudah give up.Awak, nanti kumpul duit banyak2 beli DSLR satu tau. =D

Okay, sebenarnya banyak nak bebel tapi kesian plak kawan tengah tunggu Cik 373 call memandangkan dapat call free hari nie. Jangan jelez. HAPPY BIRTHDAY CIK 373 20TH.

p/s; Kesian sapa terview entry merepek n syok sendiri nie. Hu3.. N, I miss the old you. =')

16 February 2012

Sebalik

Sebab kita semua ada kisah di sebalik sesuatu,
Ada tangisan disebalik senyuman,
Ada benda tersembunyi di sebalik diri,
Ada masalah disebalik tak kisah,
Ada kepura-puraan di sebalik cerita.

Sumber : Google Image

p/s; Disebalik ke di sebalik? Erk,lebih kurang je.

14 February 2012

333

Entry nie ialah entri yang ke-333 Cik 373. Erk, banyak dah rupanya bebel2 selama nie. 333 tue termasuk 3 entry yang Cik 373 save n saja xnak publish. Tajuk dia, saja nak bagitau. Hahax.. Si Nerdy, 3.24.46 ngan Maafkan saya bla3... (dulu dah publish tapi save in draft je sekarang nie).

Cakap pasal 3 nie. Lagi 3 hari erm.. Dah besar dah kot. Kot la. Dah tak belasan. Ada angka 2 pulak depan tue. Tapi cam takde effect pun ada. Hu3.. Nanti lagi 3 hari taknak macam dulu dah. Kot. Nak belajar banyak benda lah plak lepas nie. InsyaAllah..


Lepas tue kena edit benda tepi tue. Ala, yang benda dekat atas nie. First kena ubah yang umur tue. Okay, fine. Taknak taruh umur. Delete terus je info tue. Hahahx.. Pastue, nak ubah pasal personal life tue. Dah macam rojak la plak blog nie duk membebel benda bukan2.. Ala, abaikan. Bukan ada orang nak singgah pun.


Korang perasan tak banner atas nie? Tajuk Typing tapi ada tangan duk menulis. Cik 373 tak terfikir pun dulu. Mesti korang pelik kan? Banner nie Cik 373 suruh kawan editkan. Sekarang nie dah malas nak edit2 template blog. Biar je la. Smart gak kan?

Okay, korang. Nak hadiah DSLR satu boleh tak untuk 3 hari lagi? Agak melampau di situ.

P/s; Let see berapa orang yang ingat n wish. And le crush? =0

08 February 2012

Le 'Stalker Box'

Sumber : Twitter Zarin

Saja nak mention dalam entry nie yang stalker box Cik 373 dah hilang. Ntah kenapa dia tiba2 camtue. Cik 373 tak suka on9 IM so ble klik offline chat tue terus stalker box tue hilang. Sebelum nie kalau klik offline chat still ada stalker box. Korang rasa kenapa eh?

Oh, by the way. Tak tahu apa nama benda kat kanan Facebook tue. Timeline maybe. Tapi Cik 373 suka lagi panggil dia stalker box coz rasa macam untuk stalk orang je fungsi dia. Orang comment wall post orang lain pun boleh tahu. Orang like apa2 activity pun semua nak bagitau. Orang yang tak on IM n tiba2 comment status orang pun orang lain boleh tahu yang kita tengah on9. Get a life la le stalker box.

Tapi, fikir2 balik kan? Okay gak stalker box nie tiba2 hilang so Cik 373 tak perlu lagi jealous. Kenapa nak jealous? Hanya le stalker box je tahu. Hu3.. So, sentiasa bersangka baik n tak baik jealous2 nie. Buat korang punya hati sakit je padahal orang yang korang jealous tue bukannya tahu apa pun coz korang tak bagitau dia. Hahax...

So, itu je la sebenarnya yang Cik 373 cuba sampaikan. Kalau korang tengok Cik 373 aktif kat stalker box korang n korang pun aktif gak kat Facebook tue sorry eh kalau tak tegur, xwallpost ke apa ke coz Cik 373 tak nampak pun siapa yang tengah on9 time tue memandangkan IM pun off9 n stalker box pun hilang.

P/s; Dear my crush or who you think I will stalk you. Don't worry. I'm not into it anymore. =)

04 February 2012

Wall Di Hati

Wall. Dari jauh kelihatan seorang gadis sedang membina wall di sekitar dirinya. Dia mengumpal sisa-sisa serpihan hati yang telah menjadi pecahan dan kepingan itu dan meletakkannya di tepi. Dia duduh termenung seketika. Sekali sekala dia menekan jari halusnya menahan darah yang mengalir dek terkena ketajaman kepingan hati yang sudah pecah itu. Untuk apa dia bersusah payah membina wall itu? Dia tahu, apa yang dia buat sekarang akan menjadi perisai untuk hatinya pada masa akan datang.

Setelah beberapa titik peluh telah dia korbankan akhirnya wall itu terbina juga. Sungguh. Tegap dan dia pasti tiada apa pun yang dapat tembusi ia. Kagum. Dia senyum simpul. Wall di hati berdiri kukuh mengelilingi hatinya.

Tidak akan dia benarkan sesiapa pun mencerobohi hati dia. Kerana dia tahu dia lemah. Hati dia lemah. Dia tidak kuat untuk membenarkan apa2 yang boleh mengguris hati dia. Tidak. Dia membuat perjanjian dalam hati dia. Perjanjian yang tidak ditulis di atas kertas namun dicoret dalam hatinya.

Sedang dia berjalan. Beberapa orang cuba mengetuk hatinya. Namun dia terus berjalan kerana mereka tidak mampu melepasi wall tersebut. Mereka hanya dapat melihat dia berlalu pergi. Dia meneruskan perjalanan dan terhenti di satu perhentian. Penat mungkin. Wall yang sentiasa bersamanya terasa berat namun itu pilihan dia kerana ingin membina wall itu di hatinya.

Wall itu lutsinar. Tiada siapa yang dapat lihat kewujudannya. Sedang dia leka duduk melayan perasaan muncul seorang gadis yang mungkin seusia dengannya duduk di sebelah dia. Dia membatu. Gadis itu senyum kepadanya. Dia membalas acuh tak acuh. Dia ingin meneruskan perjalanan namun hatinya seakan menjadi magnet. Yang menarik. Menarik agar tidak meninggalkan tempat duduk itu.


Gadis di sebelahnya memulakan perbualan antara mereka. Sungguh. Terasa janggal di situ. Kerana hatinya terasa lain. Ada sesuata yang mengetuk hatinya yang mengatakan sesuatu. Tapi dia tidak dapat mentafsirnya dengan jelas kerana wall di hatinya begitu kukuh dan sukar untuk ditembusi. Lalu, dia membuka pintu wall itu sedikit demi sedikit dengan mengunakan kunci. Iaitu kunci akal. Hatinya dapat memahami walaupun sedikit namun wall itu masih dalam keadaan normal hanya pintu sahaja yang diluaskan sedikit sekadar 3 cm.

Seketika, perut dia terasa lapar. Mungkin kelaparan kerana membina wall tadi mungkin. Ya, sejak tadi dia tidak menjamah sedikit pun makanan. Namun pelik, gadis di sebelahnya seakan memahami apa yang sedang bermain di hatinya. "Lapar?" Gadis itu bertanya. Dia hanya mampu mengangguk. Bukan bisu tapi dia tidak pandai berkata-kata. Gadis di sebelahnya menghulur roti. Dia mengambil roti itu disertai dengan ucapan terima kasih. Tiba-tiba pergerakan dia terhenti. Oh lupa. Jarinya luka ketika membina wall tadi. Gadis di sebelahnya mengambil kembali roti itu. Membuka bungkusan dan mencubit sedikit. Kemudian, gadis itu menghulur roti di hadapan mulut dia. Dia tersentak. Sungguh. Lama kelamaan dia membuka mulutnya dan menerima roti itu masuk ke dalamnya sistem penghadamannya. Dia terdiam. Dia membiarkan. Dia musykil kenapa dia tidak menolak suapan itu seperti kebiasaannya. Kedengaran wall di hatinya seakan retak.

Kemudian dia bangun meninggalkan tempat itu. Gadis itu menahannya. Mereka berbicara seketika. Rupanya mereka mengambil jalan yang sama walaupun berlainan destinasi. Sepanjang perjalanan dia lagi banyak berdiam dan gadis itu lagi banyak berkata-kata. Mungkin dia ialah pendengar yang baik. Mungkin. Tiba-tiba lamunan dia terhenti. Tangan. Tangan gadis itu memaut tangannya. Jari mereka bertautan. Mereka berjalan seiringan dan berpimpinan tangan. Dia kaku. Entah kenapa dia membalas kembali pegangan itu. Kemas. Dia musykil sekali lagi. Kenapa dia membalasnya dan kenapa dia tidak tarik tangan dia seperti kebiasaanya. Dia ingat lagi, berapa orang kawannya cuba memegang dia namun dia sentiasa mencari alasan supaya pegangan tangan itu dilepaskan. Dia tidak selesa. Sungguh. Itu kisah lama. Kejap. Wall di hatinya semakin retak dan retak. Namun kenapa dia membiarkan begitu sahaja?

Mereka berada di persimpangan. Simpang yang bakal memisahkan pertemuan yang hanya bermula sebentar tadi. Tangan masing-masing ditarik. Kemudian, gadis itu tersenyum kepadanya. Gadis itu mengucapkan kata-kata terakhir kerana mungkin mereka tidak dapat bersua satu hari nanti. Dia menghulurkan tangan sebagai tanda salam perpisahan. Ya, mereka bersalaman. Tiba-tiba. Ya, mereka berpelukan sebagai tanda perpisahan. Retak. Wall di hatinya dia semakin retak. Wall di hatinya sudah tidak lagi kukuh dan hanya tunggu masa untuk jatuh. Dia tertanya-tanya, kenapa dia merelakan sedemikian padahal dia tidak suka membuat demikian. Sungguh. Entah berapa ramai orang sudah dia tolak ketika mereka mahu memeluknya. Bukan tidak suka cuma wall di hatinya tidak membenarkan dia membuat demikian. Memikirkan akibat apabila wall di hatinya bakal musnah nanti.


Masa terus berjalan. Dan pertemuan singkat itu bakal berakhir seketika nanti. Dalam beberapa saat sahaja. Terdiam. Masa itu sudah sampai. Terdengar wall di hatinya retak dan retak dan kemudian musnah. Hancur. Menjadi kepingan seperti tadi. Berpisah. Mereka berpisah. Mereka mengambil jalan masing-masing. Memikirkan kembali mengapa wall yang dia baru bina tadi musnah begitu sahaja. Terdapat kata yang dia ungkapkan kepada gadis yang baru dia jumpa tadi. Ya, kata yang tak mungkin dan jarang sekali untuk dia luahkan. Kerana wall di hatinya telah menetapkan sedemikian.



Dia terfikir. Mungkin wall di hatinya telah musnah. Namun ada sesuatu yang telah dipelajarinya. Ya, mungkin ada kalanya kita harus meruntuhkan wall tersebut dan biarlah hati kita merasai apakah rasa itu. Biarlah, kita tahu kita semua akan terluka. Kita tahu kita semua akan bergembira. Biarlah. Biarlah semuanya mendidik dan mengajar hati gadis itu bahawa hati dia yang lemah boleh menjadi kuat. Kuat akibat harapan dan kekecewaan.

Peraturan Wall Di Hati gadis itu ialah :

1. Jangan terima suapan orang lain
2. Jangan berpegangan tangan
3. Jangan peluk
4. Jangan ucap sayang, rindu n etc

KECUALI jika dia special di mata gadis itu.



P/s; Cik 373 tahu, hanya manusia bernama Ijan (bukan nama sebenar) yang mungkin tengah stalk blog nie faham apa yang cuba disampaikan. =D

P/s 2; Semua pictures dari Google Image. Nak ke link pix tue klik je pix tue.

03 February 2012

Sleep Paralysis+Google

Korang tahu tak Sleep Paralysis tue apa? Cik 373 tahu sikit2 lepas baca blog Hamka aka Kereta Mayat. Okay, better korang google la bagi lagi faham. Tapi apa yang Cik 373 faham sikit2 tue means kejadian di mana kita sedang tidur n tiba2 badan kita tak boleh bergerak atau sinonimnya masyarakat kita cakap kena tindih dengan hantu. Rasanya rata-rata antara kita pernah mengalaminya kot.

Tahu tak dalam otak Cik 373 setkan apa bila kadang2 dapat 'Sleep Paralysis' nie? Cik 373 kaitkan dengan ilmu sains. Sorry, pelajar sains memang macam nie ke Cik 373 sorang je? =.=" Coz Cik 373 pernah terbaca satu artikel nie yang dia cakap sebenarnya tue Sleep Paralysis bukan kena tindih. Apa yang Cik 373 dapat ialah ianya terjadi coz badan korang time tidur perlukan rehat lagi tapi otak korang bekerja time tue and tue yang korang tersedar. Korang nak bangun tapi badan korang takleh nak bergerak coz dia nak rehat lagi. Maybe ianya terjadi time korang stress kot.

Btw, tue hanya opinion la. Korang boleh google2. Jap, boleh dikatakan hampir setiap hari korang akan bukak google err.. atau tue hanya Cik 373 sorang je? Tapi kan korang still tak tahu apa gunanya function I'm Feeling Lucky sebelah Google Search tue kan? Ngaku je la coz lepas hidup hampir 20 tahun (belum 20 tahun yerk) pun baru semalam Cik 373 tekan I'm Feeling Lucky tue. Cuba korang tekan. Ianya cool~ Macam abang boy.

Sumber : Google Image
P/s; Hari tue sembang dengan family. Nanti tahun 2 Cik 373 (bukan nama sebenar) kena ambik subjek Chemistry (2 plak tue) and bila experiment kena pakai Google. Bukan Google la Cik 373 (bukan nama sebenar) Goggle. =.="

01 February 2012

Cerita February

Cik 373 tengah menaip dalam gelap nie so sorry kalau typo eh. Sebenarnya tadi dah off lappy tapi bukak balik. Cam pe je an? Owh,so memandangkan tak nampak sangat huruf2 kat keyboard nie jadi entry nie ringkas je. Goodbye January n Welcome February. Dah la tahun nie tahun lompat kan? February pun ada 29 hari. Cool~

Sumber: Google Image
P/s; They said February is a month of sweetness.