18 February 2012

Parut Luka



Seperti kebiasaan dan hari2 sebelumnya dia melakukan rutin hariannya. Bukan dia seorang sahaja yang berbuat demikian mungkin. Bahkan boleh dikatakan 37.3% orang berbuat sepertinya. Dia cuba untuk melelapkan mata. Sukar. Mungkin penangan coz tidur lama petang tadi. Dia mengalihkan badannya ke kanan, ke kiri, terlentang dan ke kanan kembali. Selimut ditendangnya. Panas. Tak selesa. Dia mencapai handphone nya. Bukan Iphone yang pasti. Android juga bukan apatah lagi touch screen.

Slide phone untuk unlock. Tap. Tap. Tekan icon Message. Klik Inbox. Dia membaca message2 yang pernah diterimanya. Juga Draft dan juga folder BFF. Kebiasaan yang biasa dia lakukan jika susah untuk melelapkan mata. Terasa sesuatu di hati. Apakah?

Sedetik hatinya terdetik. Lupakah mereka pada dirinya? Adakah mereka ingat dia seperti dia ingat mereka? Kalaulah mereka tahu bahawa dia sentiasa dan tak pernah jemu membaca berulang kali message yang pernah mereka sent padanya. Luka hatinya apabila memikirkannya.


Kenangan yang mereka berikan pada dirinya seakan message yang pernah dia received daripada mereka. Message Friendship, Missing You, Love You, Remember, Good Luck, Birthday dan tidak lupa juga mesej menaikkan semangat dia ketika dia down. Tanpa diundang, sebak hatinya memikirkan perihal kawan2 nya.

Ya, mereka sudah lain. Mereka sudah lupa akan dirinya. Ya, mereka gembira bersama kawan2 baru dan bahagia dengan kehidupan sebagai seorang pelajar U. Dan dia? Hanya seorang insan yang terjumpa di satu persinggahan bernama 'Sekolah' sebelum kawannya melangkah ke alam U. Dia pasrah. Mahu tidak mahu, dia menelan segala kekusutan itu bersendirian. Sudah pasti kawan yang pernah bersamanya suatu ketika dahulu sedang bergembira di sana. Tidak mengapa, cukuplah dengan melihat status dan gambar2 di profile Facebook rakannya sudah tahu keadaan mereka di sana bagaimana. Gembira bukan? Ya, dia pun gembira dengan rakan2nya di U cuma kalau boleh dia nak gembira sekali dengan mereka. Tapi dia sedar. Hanya 1 perkataan yang mampu memberi jawapan akan persoalannya. Mustahil.


Dibukanya satu message. Bacanya berulang kali,"To live a life i need heartbeat, 2 have heartbeat i need a heart, 2 have heart i need happiness, to have happiness i need a friend, and 4 a friend i need U.ALWAYS". Satu message lagi,"True friends are like mornings, u cant have them the whole day, but u can be sure, they will be there when u wakeup tomorrow, next year and forever. Like Me =D". Kemudian, 1 lagi "Friendship is a language spoken by heart... not written on paper, not given by pledge... it is a promise renewed everytime we keep in touch...Take Care..." Apakah? Fikirannya tertumpu kepada 'ALWAYS', 'Like Me' dan 'Keep in Touch'. Dia tersenyum dalam luka.

Bukan tidak pernah dia berusaha untuk menjernihkan hubungan mereka. Banyak kali sudah sampai tidak mampu untuk mengiranya. Message? Hanya 2,3 direplynya dan kemudian rakannya akan 'kill the conversation'. Kalau sekali atau dua kali, dia faham. Tapi kalau sudah banyak kali? Apakah maksudnya? 'Jangan kacau aku.' Mungkin? Tidak kurang juga peranan Facebook yang popular dengan tagline nya. 'Connecting The People'. Berapa kali pernah comment status/gambar tapi kawannya hanya menge'like' sahaja apa2 yang ditulisnya. Wall post juga sama. Takpe lah, cukuplah dia hanya menjadi pemerhati akan hidup rakannya. Alhamdullillah rakannya masih sihat. =)


Lupa? Bosan? Malas? Busy? Mungkin itu apa yang dialami oleh rakannya sekarang. Dia penat. Mengantuk layan perasaan mungkin. Dibacanya message itu buat kesekian kalinya. Options>Delete>Confirm?>Yes. Hilang segala message yang mengandungi memory itu. Luka yang sering mencalarkan hatinya setiap kali dia membacanya. Sekarang hanya tinggal parut di luka tersebut. Parut di hati dan akal. Yang entah berapa lama mengambil masa untuk hilang. Atau? Takkan hilang kerana itu parut.


___________________________________________

Yeah. Habis sudah~ First, entah ini ialah campur true story n tak. Maybe ada sikit n yang lain2 tambah hasil daripada pemerhatian Cik 373 tengok benda2 kat sekeliling nie. Okay, akibat kehabisan idea n tak tahu nak buat entry apa so Cik 373 tanya la Ijan (bukan nama sebenar) dekat Twitter. So, dia bagi la beberapa suggestion. Berikut adalah calon2 nya suggestion2 dia :


K, Ijan suruh Cik 373 buat pasal "First Love", "Cinta Lepas Kahwin" n "Kawan2 Yang Berubah Lepas Lama Berpisah" (Panjangnya tajuk~). So, memandangkan Cik 373 takde pengalaman =| (muka serious)  pasal Love2 nie so idea tue reject. Kalau crush banyak kot. Hahax... Lepas tue, Cinta lepas kahwin? Sorry, Cik 373 tak kahwin lagi so tak tahu macam rasa dia. =.=" Then, back to last idea. Nice. Tajuk "Parut Luka" tue terfikir malam tadi sebelum tidur.

Rasa macam lari sikit pun ada. Tapi takpe la. Sekali sekala lari pun takpe kan? Eh, buat kawan2 yang terview. Jangan terasa tau sesungguhnya banyak dalam nie tak betul n tak kena sangat dengan Cik 373 pun. Sorry kalau korang terasa tapi seriously, Cik 373 bukan cakap pasal korang. N, messages tue ambik dekat cnie --> http://www.lovelysms.com/friendship-sms-messages-2.htm Gambar2 pun ambik dekat Google Image. Nak tahu gambar tue datang dari mana just klik je tau gambar tue. Sekian.

P/s; I still miss the old you and surely it is not a trick. =')

3 Corrections: