13 August 2011

Kawan Terbaik ku

Yeah,ini entri ke-301. Sikit lagi je nak 373. Oh ya,thanks kepada Cik Nurul Ain Shahira Azwa coz me'suggest' Cik 373 buat entri nie. Walaupun idea asal dia suruh buat tajuk "Azwa Kawan Terbaik Ku". =.=" Sorrylah,tangan nie tak mampu lagi nak buat macam tue. Hahax...(Gelak kejam). Oh ya,memandangkan Encik Wa begitu bermurah hati untuk membuat corrections dalam entri nie coz ye la,Cik 373 kan selalu buat typing errors so mungkin bahasa yang digunakan agak bombastik,dramatis,gramatis or maybe mathematics sikit bukan banyak.. Hu3... Okay,ayat karangan SPM bermula. Kalau cikgu nak tampal kat board sudut BM macam saya budak SPM dulu pun takpe,saya izinkan. =)

      Dasarwasa ini,kita semua seiring dan sejalan dalam merealisasikan segala genap impian kita yang masing-masing belum kecapi. Boleh dikatakan bahawa masyarakat kita sekarang sedang berlumba dalam meniti arus zaman yang kian pesat membangun lantaran kesan globalisasi sejajar dengan pelbagai formulasi yang Perdana Menteri kita sering ucapkan saban hari. Lihat saja di Malaysia ini,negara yang kita sedang bertapak sekarang terdiri daripada pelbagai jenis lapisan masyarakat yang berilmu dan berpribadi unggul namun masih ada diantara mereka yang masih tepu dalam keghairahan dan tidak sedar bahawa mereka memerlukan revolusi sikap untuk membuahkan fikiran yang konsisten. Masakan tidak,bukankah kini manusia berada pada suatu zaman yang dikenali sebagai zaman pasca modenisme dan ramai diantara kita yang terus alpa dan hanyut begitu sahaja tanpa bimbingan dan bantuan daripada seseorang. Kita semua tahu dan tidak boleh menyangkal bahawa keluarga merupakan injap utama kebahagiaan hidup kita namun sebagai remaja,pengaruh rakan sebaya tidak kurang juga pentingnya dan presepsi bahawa rakan,kawan atau sahabat tidak sama sekali berfungsi atau tidak boleh diharap untuk membentuk akhlak kita adalah auta. Kata-kata ini bukanlah kenyataan yang lahirnya daripada imaginasi semata-mata kerana tanpa sedar ada diantara kita yang tidak celik mata akan kehadiran insan bergelar kawan ini.

      Kawan. Jikalau hendak bersahabat carilah seseorang yang mempunyai pancaran budi dan ketinggian agama. Apa yang ingin saya tekankah pada entri kali ini ialah mengapa ada diantara kita yang tidak mempercayai kawan baik? Kawan baik itu wujud sebenarnya mungkin kita yang tidak sedar bahawa mereka sentiasa disamping kita selama ini. Mungkin juga sifat keakuan mula melonjak-lonjak dalam salur darah hinggakan ada diatara mereka yang tidak menghargai nikmat ini. Bukankah Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W juga mempunyai sahabat beliau tersendiri dan kisah persahabatan mereka begitu indah jika dibandingkan dengan kita pada zaman sekarang.

      Selain itu,terdapat juga fakta yang menyatakan bahawa kebanyakkan remaja takut atau tidak mahu mengambil risiko untuk bersahabat atau menjadikan seseorang itu kawan baik mereka kerana pengalaman bekas kawan baik mereka pernah tikam belakang mereka lantas menyebabkan tercalar maruahnya, tercabar martabatnya dan tersasar darjatnya. Kita tidak boleh menafikan bahawa terdapat juga manusia yang bertopeng di dunia ini demi kesenangan mereka hingga sanggup membelakangkan dan mencantas orang lain. Hal ini demikian merupakah perencah dalam hidup kita yang menentukan manis dan masin serta pahitnya hidup ini. Keserabutan fikiran dan kekusutan akal haruslah dirungkaikan secara matang dan dileraikan secara bijaksana bukan hanya mengikut kata hati begitu sahaja. Hidup ini tidak semestinya indah. Mereka hanya mahukan kemanisan dalam persahabatan tetapi ketika susah pergi begitu sahaja. Itu bukanlah sikap yang harus kita semua terapkan dalam diri masing-masing.

      Lagu pokok nyanyian Meet Uncle Hussein dan Hazama,dipetik liriknya. Tanya sama pokok apa sebab goyang, jawab angin yang goncang, terbang burung terbang, patah sayap diduga, seandainya rebah, kau masih ada. Tafsiran mengenai lirik ini adalah sangat mudah bukanlah hanya sekadar kata-kata kosong yang keluar dari emosi dan ilusi tanpa mempunya isi yang tersirat. Berbalik kepada tajuk entri diatas,tidak dinafikan dan disangkal bahawa para pembaca dapat mengagak bahawa saya mempunya kawan terbaik berpandukan budi bicara serta kata-kata yang tidaklah berapa songsang dari tajuk asal ini. Kawan terbaik saya ialah sesiapa yang rasa dia orangnya. Memetik kata seorang kawan namun ditukar sedikit ayatnya agar mudah dicernakan oleh otak berbunyi begini,"Kalau hati kamu ikhlas,dapat rasa apa yang kita rasa samaada kita berdua rapat atau tidak itulah jawapannya". Sesetengah antara kita tidak perlulah mendeklarasikan bahawa anda berdua kawan baik kerana hubungan itu atau kata manisnya ukhwah dapat juga dirasai sekiranya mereka mempunyai 'rasa' itu dan dalam entri Renungan Bersama juga ada diselitkan bahawa antara golongan yang mendapat teduhan dari Arasy ialah dua orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah.

      Akhir kalam,pada hemah saya adalah tidak logik kepada mereka yang tidak mempercayai apa itu kawan baik. Namun,kita semua manusia yang berbeza. Tidak ada yang sama bahkan kembar pun tidak serupa. Lain orang,lain pendapat,layan definisi dan lain tafsiran kerana rambut sama hitam,hati lain-lain.

Klik for tumbesaran


p/s; Cik 373 harap takde typing errors hinggakan membuat kata-kata yang terluah ini mencalar atau menggores hati sesetengah pihak. Minta maaf kepada yang tidak setuju. Encik Wa,saya telah laksanakan tugasan sebaik mungkin. =D

9 Corrections:

  1. :-Q ni mmg betoi kamo tulis ke?=O..=O..=O

    ReplyDelete
  2. siyes kte sendiri tulis la..lau copy pe2 kte de state sumber. =D

    ReplyDelete
  3. what?okay*kagum.tahniah.:D

    ReplyDelete
  4. pnaz, ayat kamu macam karangan!!! serius terjedu bace.
    thumbs up dear!! uha :)

    ReplyDelete
  5. wawa
    yeah...akhirnya wa akur ngan kte.*cam xcye je

    faten
    terjedu tue pe?hahax...
    thanks.wa cabar kte,kte watla tul2..hu3

    ReplyDelete
  6. kmu blaja wat krgan eh?ltih mte kite bce..:p
    _3j4n_

    ReplyDelete
  7. erk,nie zaman SPM punye karangan..
    ayat yang skema. B)

    ReplyDelete
  8. terkedu~ silap taip. HAHA.
    ayat macam karangan. bangge cikgu alina~ :)

    ReplyDelete
  9. hahax..normal la typing error tue.
    tul2,berkat ckgu alina ajar BM nie...

    ReplyDelete