29 July 2011

Ramadhan 1432

Tapi tak payah sebut fasal persiapan raya pun. Memang betul la kata Akmal tempoh hari. Betapa banyak orang islam kat luar sana yang menjadikan puasa di bulan Ramadhan  itu hanya sekadar budaya aje zaman sekarang ni. Erti Ramadhan tu tak terasa sangat.

Bukan nak kata orang la,dia sendiri pun macam tu juga. Apabila masuk bulan puasa,perubahan dalam rutin harian hanyalah tak makan dari subuh sampai senja. Malam pun join terawih kalau rajin. Tapi moreh tu mesti ada. Ada ke pulak macam tu. Nak ketawa pada diri sendiri pun ada. Selain daripada itu,kehidupan macam biasa jugak. Solat ikut aci dan. Tengok wayang jalan jugak. Main game jalan jugak. Lepak-lepak jalan jugak.

Tapi tu la kenyataan. Ramadhan tu hanya diertikan oleh tak makan. Ramadhan tu hanya diertikan dengan bazaar Ramadhan. Ramadhan tu hanya diertikan dengan tarawih dan moreh (walaupun tak semua orang pergi moreh tu pergi tarawih). Ramadhan tu hanya diertikan dengan jemputan membuka puasa di sini sana (walau sebenarnya orang yang tak puasa bukan kerana uzur pun join sama). Ramadhan tu dah jadi budaya bukan lagi tuntutan agama. -Contengan Jalanan (Hlovate) m/s 191 & 192.

Sumber : Iluvislam
Kredit to novel Contengan Jalanan tentang 'apa itu Ramadhan' yang kita bakal lalui lagi beberapa hari saja. Ramadhan tu dah jadi budaya bukan lagi tuntutan agama. Erk,sebenarnya point Cik 373 nak wish Selamat Menjalani Ibadah Puasa dalam bulan Ramadhan nie. Semoga kita semua termasuk Cik 373 dapat manfaatkan bulan Ramadhan nie sebaik mungkin tambah2 bulan Ramadhan nie takde komitmen lain.

Yeah,akhirnya dapat gak berpuasa sebulan penuh kat rumah (bajet sebelum nie tak pernah je). Kalau tahun lepas pengalaman pertama puasa tanpa family. Berbuka dan bersahur dengan roomates+jiran2. Cik 373 bawak toaster padahal takleh bawak pun. Lepas tue ramai2 dengan jiran2 mesti berbuka dekat bilik Cik 373 hampir setiap hari. Adalah dalam 5 bilik. Punyalah besar bulatan. Ktorang share makanan ramai2. Azan plak kadang2 tak dengar coz kolej ktorg paling jauh daripada masjid. Thanks to Perak.fm. Ktorang sentiasa tunggu masuk waktu berbuka. Hu3.. Tarawih ramai2. Sekali gerak berbelas2 orang datang Masjid Al-Maghfirah tue. Aisyh,tetibe teringat cerita dulu.

Ha,tue la. Pendek kata 'Selamat menyambut bulan Ramadhan yang penuh barakah' nie. Yang list bawah nie hasil bacaan novel Contengan Jalanan. Kalau2 korang nak print buat checklist ke. Silakan. Sharing is Caring kan? =)

Sumber : Klik gambar
Nak download : http://www.pdf-archive.com/2011/07/24/ramadan-self-improvement-checklist/

p/s; Tiada lagi susu segelas setiap pagi. =D

0 Corrections:

Post a Comment