23 July 2011

Pesan kepada diri

Assalamualaikum...

Hari nie 23/7/11. Tarikh yang agak besh bagi Cik 373. Pesan kepada diri. Entri ini ialah pesan Cik 373 kepada diri sendiri. Oh ya,maafkan andai kata entri ini tidak menarik untuk dibaca (bukan selalu ke tak menarik?). Tapi diulangi,hanya pesanan kepada diri Cik 373. Erk,cukup dah kot ulang2.

Erk,awak. Ye,Cik 373. Awak baru habis baca Surat Lukman kan?  Lengkap 34 ayat dengan tafsir dia sekali kan? Apa yang awak dapat? Cuba bagitau saya.

Banyak yang saya dapat. Dalam banyak2 surah, surah Lukman lah paling saya teruja nak baca. Sebab ayat dia senang difahami kot plus,dalam surah tue ada banyak pesanan Lukman Hakim kepada anak-anak dia. Bila saya baca,saya berfikir menggunakan otak saya. Tapi,tiba2 saya teringat satu pesanan nie coz saya pernah terbaca dekat blog orang. Pesanan nie lah paling menusuk minda saya.

Hai anakku; bilamana engkau mahu mencari kawan sejati, maka ujilah terlebih dahulu dengan berpura pura membuat dia marah. Bilamana dalam kemarahan itu dia masih berusaha menginsafkan kamu,maka bolehlah engkau mengambil dia sebagai kawan. Bila tidak demikian, maka berhati hatilah.

Saya terdiam. Marah? Kawan sejati. Saya terfikir. Okay,saya faham. *Senyum*

Caption di atas tiada kena mengena dengan korang. Jangan tacing ek.

p/s; Kalau baca dan faham maknanya sangat seronok seperti "Uhibbuki fillah". Erk,Cik 373 dah terpengaruh dah.wee~

0 Corrections:

Post a Comment