Ini bukan untuk menceritakan mengenai bekalan2 apa yang perlu dibawa dan dikutip sepanjang hidup di dunia ini coz Cik 373 pun tidak mempunyai ilmu yang banyak untuk dikongsikan. Takut tersilap tulis atau info2 yang tak releven akan menambahkan points yang tak sepatutnya.
Hidup itu satu pilihan
Bercakap mengenai kehidupan. Seringkali dalam hidup,kita akan terpaksa membuat pilihan sendiri. Pilihan yang akan mengubah nasib kita. Pilihan yang entah kita tahu samaada ia betul atau salah. Pilihan yang mungkin menyenangkan hati kita atau pilihan yang akan 'effect' orang lain. Bukan mudah untuk membuat pilihan. Seringkali kita tertanya betul ke apa aku buat sekarang nie? Inikah kesan yang aku terima atas segala perbuatan aku dahulu? Ayat kawan : Sebenarnya semua pilihan itu betul,kamu sendiri yang menjadikan dia betul atau salah.
Kisah hidup
Ini kisah hidup Cik 373 bukan kisah hati Alyah tue. Gagal. Erk,ayat itu agak terlalu kasar dari sudut pandangan Cik 373. Tiada orang yang gagal dalam hidup cuma mereka belum berjaya. Tak pasti ayat nie daripada mana tapi selalu dengarlah. Mungkin sudah lama disimpan tapi rasanya harus diluahkan. Ya,ini tidak ditujukan kepada sesiapa. Ditujukan khas untuk diri Cik 373 je. Cewah... Cik 373 first
Bila kita maju setapak,pelbagai agenda dalam hidup datang. Kita diuji. Tetapi kita diuji dengan hanya benda yang remeh sahaja jikalau dibandingkan dengan ujian2 Allah pada zaman Nabi-nabi kita dahulu. Tapi untuk menghadapi ujian yang kecil itu pun Cik 373 tak kuat. Cik 373 jatuh lagi time menengah atas dengan result Add Math yang majoriti kebanyakkan pelajar tak berjaya untuk pass. Alhamdullillah SPM dapat score. Hidup seperti exam jugak,kadang2 dapat A+,kadang2 tak pass. Kadang2 cukup makan sahaja. Kadang2 otak blur untuk berfikir dan terhenti kepada 2 pilihan. Samaada cuba untuk menjawab (jawapan yang tidak pasti betul atau salah) atau tinggalkan soalan itu tanpa dijawab.
Bila hidup masih berjalan
Bila Cik 373 dah berjaya biasalah hati manusia macam Cik 373 nie erm... Cik 373 malu nak mengaku tapi kadang2 hati nie bila digoda syaitan macam2 benda tak elok berlaku. Kadang2 takut,hati ini riak,takabbur,hasad dan sebagainya. Segala bentuk penyakit hati mungkin dijangkiti tambah2 hati Cik 373 tak cukup kuat perisainya untuk menghalang serangan. Hati rapuh. Hati bertambah lalai.
Satu lagi ujian datang. Zaman Cik 373 dekat matrik dulu. Erm... Masa tue memang rasa sangat2 down. Result tak memberangsangkan. (Entah betul atau tidak ejaannya). Nyanyian Segenggam Tabah entah berapa puluh kali replay dekat handset Nokia X3 nie. Penat In-Team nyanyikan untuk Cik 373. Ada 1 part lirik nie yang buat Cik 373 tersedar iaitu "Sekadar secicip rezeki". K,memang time tue kepala otak pantas menelan pahitnya apa itu 'tidak berjaya' yang tersangkut dalam perjalanan ke hati untuk dicernakan. Buat apa ditangisi apa yang bukan milik engkau? Darinya kita datang dan kepadanya jua kita akan kembali. Tak gitu? =)
Percaturan hidup
Catur. Sinonim dengan Cik 373. Sejak kecil diajar apa itu catur. Permainan minda yang mengasah pemikiran dan tidak boleh dibandingkan dengan dam haji. Untuk menawan king,kita perlu korbankan askar2 dan orang kita. Kita PERLU. Kalau tidak,kita tidak akan berjaya. Setiap langkah perlu berhati-hati. Kena ALERT. Andai salah gerakkan buah catur,kegagalan akan terjadi. Jangan risau,kita BANGKIT. Kalau kita terus bermain secara lewa kita akan KALAH. Kita mungkin TERSILAP langkah beberapa kali. Tapi,SEDAR. Caturan kehidupan Cik 373.
Erti Hidup
Sesiapa yang sudah membaca novel Hlovate - Contengan Jalanan pasti sinonim dengan "Erti Hidup". Ya,hidup bukan semata2 untuk berjaya dalam exam. Dapat degree/master/phd. Dapat kerja yang gaji beribu2. Just one quote yang sesuai "A men who decided to change on 12th die on 11th hour". Cik 373 dalam perjalanan. Semua orang dalam perjalanan menuju ke destinasi. Hanya satu tempat sahaja yang menjadi matlamat kita. So,sementara kita semua hidup dan dalam prosess mencari erti hidup sama2lah kita mencari sebanyak mungkin bekalan hidup dalam kehidupan ini. Ini pesanan untuk diri Cik 373 sendiri dan mungkin juga anda yang terview blog yang mempunyai banyak 'errors' nie. Cik 373 taknak jadi orang yang hanya pandai berkata/menulis tapi tidak berbuat demikian. Wee~
p/s; Cuba kira berapa perkataan hidup dalam entri nie? =P

ok.. knowledge increase! thnx =D
ReplyDeleteI will read 'contengan jalanan' nti.. :)
macam salah tmpat cmment je nie.ahaks~
ReplyDeletebtw,slamat m'bce. =)
yang selalu berjaya tu kadangnya sakit bila gagal, susah nak bangun bila jatuh.
ReplyDeleteyang selalu gagal pula sakit bila berjaya, susah nak ingat di mana kaki dipijak.
:) segala apa yang kita alami ada baik dan buruk yang perlu di synchronized bak kata henfon nokia aku ni. kehkeh
syukur!
*orang macam aku ni selalu gagal pada orang lain, tapi aku rasa aku berjaya je hari - hari. kehkeh