26 July 2011

Contengan Jalanan (Hlovate)

Contengan Jalanan karya terbaru Hlovate memang sangat best... Ulang. Sangat best. Cik 373 bukanlah kaki novel sangat coz lagi minat baca komik daripada novel. Komik best sikit coz ayat dia senang faham n ada gambar yang lawa2. Jalan cerita yang direct to the points tak macam sesetengah novel yang ayat dia err.. berbunga2 sangat kot. Pastue jalan cerita hampir sama dengan drama2 melayu dekat tv je.

Macam biasa,novel Hlovate Contengan Jalanan nie membuka mata dan minda Cik 373 serba sedikit jadilah walaupun tak banyak. Cover page dia memang agak uniklah. Sesuai untuk sesiapa yang rasa nak berubah tapi macam serunya tak datang lagi. Contengan jalanan nie terbahagi kepada 2 cerita yang berbeza berkisarkan dua orang pemuda iaitu Fend dan K2 (baca K square) yang masing2 mencari erti hidup. Bagi Cik 373,kisah hidup Fend lagi menarik berbanding kisah K2. Kalau korang nak baca,korang baca pasal Fend dulu lepas tue baru baca pasal K2.

From : Jemari Seni
Lagi berapa hari je nak masuk bulan Ramadhan so Cik 373 suggest korang baca buku nie coz banyak berkisarkan mengenai Fend dan Aidid 'backpacking' di Australia sepanjang bulan Ramadhan n korang tempatkan diri korang as Fend dalam cerita tue. Macam biasa,ayat2 dalam novel Hlovate sempoi je n ayat2 dia memang membuatkan korang terfikir.

Antara ayat2 menarik dalam novel Contengan Jalanan (I-FEND) :

A man who decides to change on the 12th hour dies on 11th hour


"Aku teringin nak masuk syurga."
"Siapa yang tak nak?"
"Kalau kau masuk dulu,tarik aku sama?"


Never assume,ask.


"Baca Quran ini patutnya macam baca novel la. Patutnya lebih lagi daripada tu. Baca Quran ini kena ada feel. Kalau tak,tak bawa makna apa." Akmal sengih. Kalau orang baca novel tu boleh habis feel sampai menangis-nangis,baca Quran ni patutnya berkali-kali ganda lebih feel daripada itu. Patut habis tisu berkotak-kotak kalau betul-betul boleh hayati kalam Allah ni."


"Tu la. Kita ni kadang-kadang berlagak." Akmal senyum segaris. "Kalau baca Quran dengan tafsir,kita sentiasa je letak diri kita jadi 'watak putih' dalam Quran tu. Tapi kita lupa,cukup ke kriteria kita nak jadi 'watak putih' tu? Cukup ke apa yang kita dah buat selama ini untuk dengan bangganya kata 'akulah orang yang disebutkan dalam ayat 'wahai orang beriman......' 'wahai orang Mukmin'....'golongan-golongan muhsin' tu. Yakin ke kita yang kita ni orang yang Allah sebut dalam Quran tentang orang yang diberi balasan syurga dengan nikmat yang tak ada limit tu? Betul amal kita cukup untuk jadi orang-orang yang Allah sebut tu?"


"Sepatutnya kita letak sekali diri kita untuk jadi 'watak hitam'. Bayangkanlah diri kita ialah orang yang diseksa dalam neraka yang Allah describe dalam Quran tu. Bayangkan yang kita la orang yang kena azab. Barulah kita lagi berlumba-lumba nak lari daripada jadi golongan-golongan tu. Kita ni sebenarnya kadang-kadang tertipu apabila terlampau berangan sangat yang kita ni la 'watak putih' sedangkan amal kita tidak melayakkan kita jadi 'watak kelabu' pun tak cukup qualification." Akmal sengih. "Tu aku punya two-cents. Kau nak terima atau tak,terpulang."


'Confusion' is a good explanation,for not understanding things that can't be reasoned.


Walaupun aku tak boleh nak kata aku faham apa yang jadi dekat kau,Fend,tapi aku rasa sekurang-kurangnya aku dah mula nak menghala ke arah tu. Mungkin langkah aku lambat sebab aku belum belajar balik dan berguru, tapi yang penting kehendak tu ada. Tak apa la,Ku Kamaruzzaman. Biar jalan setapak-setapak asal tak tersungkur sebelum sampai.


Iqra'. Read.
Read and heed.
Indeed.

Mungkin ada yang tercari-cari video the 11th Hour yang Hlovate cerita dalam novel nie. Movie 23 minit lebih yang Lia bagi dekat Fend dekat bus station tue serta movie yang membuatkan Fend n K2 mula tertanya2 maksud dia. K,kat bawah nie video dia.


11th Hour from Farooq Ali Khan on Vimeo.

Farra Idayu ada tanya video 11th Hour nie berkisarkan mengenai apa. So,alang2 menjawab soalan dia tue,Cik 373 pun explainlah dekat sini. Diambil daripada buku Contengan Jalanan I-Fend mukasurat 130-131.

Don't turn your back to god,nothing in life is guaranteed. But,if you keep your faith,some things will be clearer to others.

Kata-kata watak utama,Ahmad The Rebel di hujung filem itu kembali mengetuk ingatannya.
Hampir sama macam kata-kata Chad. Hampir sama macam kata-kata Ucu Awi.

Jalan ceritanya mudah. Cerita pasal empat Ahmad yang tinggal sebilik. Empat Ahmad yang bernama sama tetapi dengan personaliti berbeza. Ahmad si Ekstrem yang ektrem Islam macam gelarannya juga. Ahmad aktivis MSA (Muslim Student Association) yang dorky dengan gaya antara nerd bercampur skema. Ahmad si imigran dari Pakistan yang loqlaq kalau ikut kata orang Utara. Dan Ahmad the Rebel yang kalau nak diikutkan,rasa macam mewakili diri sendiri.

Cerita tu mengenai orang yang berubah. Mahu berubah. Berubah sebelum ajal tiba. Berubah kepada jalan cari Tuhan semula. Berubah ke jalan-Nya sebelum the 11th hour.
Sebelum mati tiba.
Fend menarik nafas lanjut. Kalau nak diikutkan,sejujurnya dia memang la bukan orang yang kira baik sangat. Sebenarnya kalau solat pun,hanya ikut waktu sama ada waktu tu convenient atau tak. Sama macam Ahmad si Rebel tu.

8 Corrections:

  1. saya da bce(ada kawan suggestkan) n suka nak suggest kat org laen gak suro baca....bagus!

    ReplyDelete
  2. siyez nih lar novel hlovate terbaik lepas tunas n aA+bB,,,walaouponw aq baru baca separuh,,

    ReplyDelete
  3. anonymous
    tul2..stuju!! sgat best untuk dibaca.

    undefined
    yeah..thumbs up.lepas aA+bB,contengan jalanan sangat seronok. =)

    ReplyDelete
  4. versus pon best jugok ! sgt2 . :) thumbs up tuk hlovate !

    ReplyDelete
  5. versus pasal skaters kan?bahasa budak skaters tak faham sangat.hu3..
    yup,hlovate!!

    ReplyDelete
  6. mula2 baca K2 dlu.silap,dah halfway baru kalih baca I-Fend.haha.tapi ada la hikmah twist-turn ni.sebab dikejutkan dengan kematian Chad yg tetibe.pas baca I-Fend baru la paham,kira Chad ni watak utama jugak la. rasa nak masuk je dalam Chad, pikir pasal diri yg selalu diintai malaikat maut. memang citer Fend lagi menusuk dar K2.sebab K2 kan hati batu sikit.kena travel 2 tempat baru nampak erti hidup-cari tuhan tu.suggest la sape2 pun,beli buku ni.kalu takde sen, pinjam.easy.

    ReplyDelete
  7. la..same la kte.bace K2 dulu sampai habis lepas tue bru bce Fend. mmg bnyak input novel Contengan Jalanan nie. dari someone yang tak tahu apa tue erti hidup terus transform..time Chad kena langgar tue kalau letak diri kat tempat Fend sayu kot.tul2,xrugi nak beli...

    ReplyDelete
  8. sy bace novel ni berkali2...n mntak adik2 sy bace...n shared also wit my group circle...sempoi, santai, tp mnusuk...i have a fren..n i dun noe hoe to bring him wit me into syurga,..into HIS guideline..n since dye suke bce novel, i bought it one n giv to him...moge2 dye akn bersama2 sy, tnpa tertinggal setapak pon di blkg...

    ReplyDelete